PEDULI SIHAT merupakan skim perlindungan kesihatan asas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah (B40).

Rakyat Negeri Selangor yang layak boleh mendapatkan rawatan kesihatan asas secara percuma di lebih 1,000 buah klinik swasta di Selangor dan Lembah Kelang yang berdaftar dengan skim ini.

Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sejumlah RM 125 juta setahun bagi membiayai kos rawatan kesihatan asas yang bakal memberi manfaat kepada 250,000 keluarga atau 1 juta rakyat Negeri Selangor.